Pages

Protein Bukan-GMO yang lengkap dengan semua asid amino perlu Vitamin B yang lengkap dan seimbang Mengandungi magnesium, vitamin D, zink, tembaga, manganese Menyediakan asid lemak Omega 3 termasuk DHA dan EPA Multi vitamin dan Multi mineral semulajadi yang disalur Jam demi Jam

Shaklee supplements for all kind of needs. For a healthier life, for healthy people, pregnant and breastfeeding mommas, kids, men and women health, for the elderly, fertility, beauty and many more. Shaklee All Natural Supplement is indeed for ALL.

Sunday 12 October 2014

Day 6 - 4 Restoran Kegemaran Saya di Kuantan

Pejam celik... pejam celik... Dah nak sampai ke hujung dah Cabaran 7 Hari Entry kelolaan Nenny Shaklee saya ni. Ada lagi tak cabaran blog macam ni nenny?? (Semangat tak hengatt la pulak...)

Topik hari ni pun merukan satu topik yang sangat susah bagi saya. Semalam pasal homemade recipe pun susah jugak. Yang ni pun susah?? (Kata 'rajin' sangat masak...) Susah sebab...

1. Saya makan ikut musim. (Macam masak, ikut musim jugak la) Tanya dah ke Mr Hubby, mana restoran favourite saya? Dia jawab... 'Alah... Awak makan ikut musim. Semua restoran favourite awak...'

2. Saya takde restoran favourite yang spesifik. Saya akan ke satu2 restoran tu sebab makanan kat situ. Nasi lemak, restoran lain. Nasi beriyani, restoran lain. 

So tu jadinya, saya banyak la restoran favourite... Tapi untuk entry ni, saya listkan 4 je la dulu. 

Jom terjah...

Pak Soh Corner
Berdekatan dengan Swiss Garden Resort & Spa Kuantan, restoran ni memang jadi tumpuan ramai di waktu petang. Ada kudap2an petang seperti pisang goreng dan kuih muih, tapi yang popular sekali keropok lekor (digentel dan dimasak di premis), serta sata dan otak2 (bukan otak2 kempas ye...). Keropok lekornya memang sedap dimakan masa panas2. Kena pula minum dengan air kelapa. Memang tak nampak la orang yang lalu lalang...(tak sempat nak snap gambar cantik2. Anak2 dah terkam dulu keropok,,,)

Minum petang di Pak Soh Corner

Restoran Alif
Salah satu restoran mamak kat Kuantan. Terletak di Hotlink Walk bersebelahan dengan Berjaya Megamall, Kuantan Medical Center dan Hotel Grand Continental (nak kena bg GPS jugak ke?...). Favourite restaurant dua Ahmad untuk makan roti dan air teh yellow (restoran mamak, what do u expect?...). Masa dah hujung2 waktu pantang hari tu pun, 2 minggu straight makan roti naan dan ayam tandoori. Now dah tak rasa nak makan naan dah...

24 hours dining kat Restoran Alif

Mail Ikan Bakar Lala Bakar
Tanjung Lumpur Kuantan memang cukup sinonim dengan restoran2 ikan bakar. Walaupun cawangan Ana Ikan Bakar Petai ada beberapa buah di situ sahaja, saya tetap akan ke Restoran Mail ni. Apa yang special pada saya adalah sambal ikan bakar tu. Tak tau apa yang sedap sangat, tapi memang sedap la. Sampai menjilat jari. Nak datang jangan datang time masa gomen baru dapat gaji. Penuh Tanjung Lumpur time tu.

Fresh seafood di Mail Ikan Bakar

Restoran Johnny's
Semua tau Restoran Johnny's kan... Biasanya ada kat mana2 cawangan Aeon (dulu Jusco). Di Kuantan, Johnny's ni ada kat tingkat 2 East Coast Mall. Menyediakan masakan2 Thai, tapi yang paling saya suka adalah set steamboat dia. Semenjak dah beranak pinak ni (lagi la sekarang ni 2 bujang dan 1 dara mungil), tak berkesempatan dah nak makan steamboat (makan set biasa je). Kalau order steamboat, adalah dua bujang comel tu nak main masak2 (ingat ni toys ke nak wei...). Riuh kecoh jadinya satu restoran tu.

Tempat main masak2 di Johnny's

So... Kalau anda datang ke Kuantan jangan lupa cuba Restoran Mail dan Pak Soh ye (yang lagi 2 tu, kat mana2 pun ada...). Rugi tau...

0 comments:

Post a Comment