Pages

Protein Bukan-GMO yang lengkap dengan semua asid amino perlu Vitamin B yang lengkap dan seimbang Mengandungi magnesium, vitamin D, zink, tembaga, manganese Menyediakan asid lemak Omega 3 termasuk DHA dan EPA Multi vitamin dan Multi mineral semulajadi yang disalur Jam demi Jam

Shaklee supplements for all kind of needs. For a healthier life, for healthy people, pregnant and breastfeeding mommas, kids, men and women health, for the elderly, fertility, beauty and many more. Shaklee All Natural Supplement is indeed for ALL.

Wednesday 13 November 2013

ESP: My Wordless Wednesday

Uploading the old poster.

Monday 11 November 2013

VIVIX Shaklee: Perokok Tegar Jadi Malas Nak Hisap Rokok!!!

VIVIX oh VIVIX… Macam mana boleh terjebak lak nak cuba VIVIX ni?
Mula2 beli VIVIX tu sebab ada baca testimoni kat FB. Dia bagi vivix kat mak dia. Kesannya, Alhamdulillah… Mak dia takde dah rasa nak hisap rokok. Tak sedap katanya. Teruja dengan testimoni tersebut membuatkan rasa terus nak beli VIVIX.

Saya nak sangat Mr Hubby dapat berhenti terus dari merokok tapi kalau kita cakap je suruh berhenti merokok, dia jawab, “Aku kenal rokok tu dulu dari kenal awak"… Ha amik ko… nak betah apa lagi…???? Sudahnya doa saja dan akan terus berdoa. Ramai kata, kalau nak berhenti ni, orang tu sendiri yang nak ada azam, lain tak boleh buat apa… Tapi takpe, kita cuba je la. Sejak amal amik VIVIX (tak consistent pun), Alhamdulillah, beliau ada sikit rasa MALAS nak hisap rokok. InsyaAllah sedikit masa lagi, dia berhenti la pulak.

Saya kongsikan sikit kat sini, apa ramuan yang terkandung dalam tonik ajaib ini.

Sebagaimana yang sedia maklum, produk-produk Shaklee semuanya mengandungi ramuan semula jadi yang Always Safe, Always Works and Always Green. Bukan main suka-suka je bagi tag line, tapi memang telah disahkan oleh pelbagai ujian klinikal terhadap produk-produknya. VIVIX pun tak terkecuali. Malah ujian klinikal ke atas ramuan utamanya adalah ekslusif untuk Shaklee.

·         Muscadine Grape
Ini adalah Super Anggur, satu-satunya anggur di alam ini yang mempunyai 20 kromosom, lebih daripada anggur biasa yang mana dipercayai berpotensi untuk memanfaatkan kesihatan, fungsi immune lebih tinggi dan sifat antioksidan yang kukuh. Saiz anggur ni saja sebesar bola golf. Mengandungi asid ellagik yang pekat yang tidak ada dalam anggur lain. Asid ini mempunyai ciri-ciri menghentikan kimia penyebab kanser, anti-virus dan anti-bakteria.

·         Purple Carrot
Sumber terbaik Vitamin A dan mengandungi anthocyanins (antioksidan yang mustajab), yang bertanggungjawab ‘mewarnai’ warna merah menyala, biru dan ungu pada buah dan sayur. Sejak kebelakangan ini, kajian telah menunjukkan bahawa anthocyanins mempamerkan banyak aktiviti biologi, termasuk antioksidan, anti radang, anti-mikrobial dan anti-carcinogen. Juga mempamerkan kesan pada saluran darah, platlet dan lipoprotein yang berkebolehan mengurangkan risiko penyakit koronari jantung.

·         Elderberry
Selain menguatkan sistem immun (kaya dengan antioksidan), elderberry dan ekstraknya juga berkesan untuk merawat flu, asthma, batuk, sesak hidung dan dada juga diabetes. Ia juga dapat merendahkan kolestrol dan menghalang oksidasi LDL (lemak jahat yang merupakan penyebab penting penyakit kardiovaskular).

·         Polygonum Cuspidatum
Mengandungi resveratrol yang membantu melambatkan proses penuaan, merendahkan kolestrol, merendahkan tekanan darah dan mengurangkan berat badan.

VIVIX: Tonik ajaib untuk Mr Hubby

Ada kaitan ke VIVIX dengan orang hisap rokok ni?
Orang yang merokok ni, setiap kali bila depa merokok, bahan-bahan kimia yang terkandung dalam tembakau akan menghasilkan radikal bebas dalam badan. Radikal-radikal bebas ini akan menyebabkan sistem pertahanan badan berkurangan.
Cara terbaik untuk menghapuskan radikal-radikal bebas ini adalah melalui pengambilan antioksidan. Antioksidan akan melindungi sel-sel dan tisu badan disebabkan oleh radikal bebas tersebut. Walaupun badan kita menghasilkan antioksidan, tetapi kita juga perlu mendapatkannya daripada sumber-sumber makanan. Perokok terutamanya lebih banyak kehilangan antioksidan dalam badan disebabkan oleh tabiat merokok.
Buah-buahan dan sayur-sayuran memberikan jumlah antioksidan yang tinggi. Sebagai contoh, makanan yang menyediakan beta carotene adalah seperti keledek, aprikot, serta sayuran atau buah yang berwarna oren pekat; lutein – sayuran hijau seperti bayam; lycopene – tomato, tembikai; Vitamin A – carrots; Vitamin C – kebanyakan buah-buahan citrus; Vitamin E – brokoli, mangga dan kekacang.

Nah!!! Dah baca sendirikan… Boleh buat kaitan tak?
 VIVIX adalah satu minuman botani yang tinggi antioksidan. Perokok pula kurang antioksidannya. Maka dengan itu, memang la SESUAI sangat saya bagi VIVIX ni dekat Mr Hubby. Bukannya tak boleh masak dengan bahan-bahan yang ada antioksidan, tetapi persoalannya, Sejauh manakah saya dapat pastikan yang ingredients yang saya guna untuk masak tu memenuhi keperluan vitamin yang diperlukan oleh badan kita?

Renungkan… dan kalau nak komen pun boleh…

Sunday 10 November 2013

Pengantin Lama Syok Sendiri???

Alhamdulillah Ya Allah... Syukur, Syukur, Syukur...

Tak lambat lagi rasanya nak ucapkan Salam Maal Hijrah. Baru nak masuk seminggu kan kita memasuki tahun baru Hijrah. Dapat tak lagi puasa Awal Muharram (01-10 Muharram)? Saya tak start pun lagi. InsyaAllah... dapat sehari dua pun kira ok la. Sekali nak puasa ganti (masih lagi susukan si kecil Zhofeer - kuat minum ini budak). Dapat la 2 pahala (puasa sunat, puasa ganti)... Macam hubby duk pesan sokmo, nak buat amal ibadat pun kena pandai rebut peluang, bukan time SALE aje (aduh!!! menusuk sampai ke jantung hati)...

Bercerita tentang kehadiran tahun baru, setiap tahun akan saya celebrate pengakhiran tahun yang ditinggalkan. Sebab apa? 10 tahun yang lalu, sehari sebelum Maal Hijrah, merupakan hari pernikahan saya dengan husband sorang tu. Tahun ni dah 10 tahun dah. Alhamdulillah.... Sekejap je masa berlalu. Alhamdulillah, Allah masih panjangkan jodoh kami berdua. Anak pun dah dua. Syukur, dua-dua membesar dengan sihatnya. 

Pengantin lama yang over ni
Takde sambutan besar-besaran pun. Macam biasa aje. Dua tiga hari lepas anniversary, baru la dapat peluang keluar makan beramai-ramai dengan anak dan juga mak cik saya. Hanya kami berlima. Pastu bawak balik cake chocolate lava, minta candle sebatang, Syabeel duk meniupnya. Hehehehe.. Suka benor la dia. Berapa kali tiup pun tak tau....

Tahun ni pun tak ada la nak beli hadiah besar-besar ke, apa ke, sebab kami masing-masing dah berikan each other sebuah rumah untuk berteduh bersama-sama. Masuk rumah hari tu 01Zulhijah... Aci kira hadiah la kan (padahal dah pokai, abis duit nak masuk rumah)....

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim... Ampunilah dosa-dosa kami, sesungguhnya kami hambaMu yang lemah dan tak pernah lari dari melakukan dosa...
Ya Allah... berkatilah keluarga kami dan masukkanlah kami dalam golongan mereka yang sentiasa mengingatiMu...

Friday 8 November 2013

Mana Pergi Rumahku???

Fuhhhh... Lama bebenor dah tak mengupdate blog ni. Lama dah tak online lama-lama. Berebut dengan anak lah.. Dah besar ni asyik nak you tube je. Ibu nak buat kerja lain pun tak boleh. Nak study pun kena curi masa lain. Nak login FB pun kena guna phone je. Ni pun baru celik mata ni, dah mengaruk dah, nak tube... Hish budak ni...


Tadaaaaaa....

Ibu!!! Let me in!!!

  Satu lagi alasan naper tak update, sebab dua tiga bulan kebelakangan ni pun sibuk dengan urusan nak masuk rumah baru. Now, Alhamdulillah... Masuk dah sebulan dah pun. Banyak lagi barang-barang lama tak susun lagi. Sikit-sikit la.

Tempat anak main masak-masak

Pindah rumah ni walaupun tak sejauh mana, penat tu memang tak dapat nak dinafikan. WOOOO penat.... Dulu duk rumah quarters guru. (Alah... rumah sangkar burung tu...). Rumahnya kecik je, tapi bila sibuk2 pindah barang ni... banyak rupanya barang-barang yang terkumpul kat situ. Maklum la dekat 10 tahun duk kat situ. Alhamdulillah ada rezeki anak-anak ni, dapat la merasa duduk kat rumah besar sikit. Ada laman kat tepi, boleh la depa lepas buas. Tak pernah sunyi rumah (kecuali time depa tido). Si abang berlari2 dalam rumah, lompat2 kat sofa. Adik pun tak nak kalah, duk gak mengukur rumah (dah setahun tiga bulan, tak nak jalan lagi).

Sofa tempat Beel n Zhof jadikan trampolin

Alhamdulillah... Memang syukur sangat dapat duk rumah baru. Ini je la harta dunia kami yang nak tinggal kat anak-anak. Harta lain takde nak bagi. Dulu memang tak rasa nak beli rumah, sebab takde anak lagi. Berdua je kami suami isteri. Dah ada Syabeel, baru la semangat nak beli. Alhamdulillah, now ada Zhofeer nak kongsi sama. Kami suami isteri pun kerja tempat yang sama. Pergi kerja sama-sama, balik pun sama-sama. Takde pulak la keperluan nak tambah kereta satu lagi ke. Pas tu rumah ni pun kami berkongsi je beli. Susah senang sama-sama... InsyaAllah....

Peti sejuk yang ibu sorokkan aiskrim n coklat Beel

Kalau sapa2 nak datang jemput la datang ye...Kecik je rumah kami...