Pages

Protein Bukan-GMO yang lengkap dengan semua asid amino perlu Vitamin B yang lengkap dan seimbang Mengandungi magnesium, vitamin D, zink, tembaga, manganese Menyediakan asid lemak Omega 3 termasuk DHA dan EPA Multi vitamin dan Multi mineral semulajadi yang disalur Jam demi Jam

Shaklee supplements for all kind of needs. For a healthier life, for healthy people, pregnant and breastfeeding mommas, kids, men and women health, for the elderly, fertility, beauty and many more. Shaklee All Natural Supplement is indeed for ALL.

Tuesday 18 November 2014

I'm Back Baby

Alhamdulillah... Syukur ke hadrat Illahi. Syukur kerana diberi nikmat kesihatan semula. Dah sebulan everyday update blog, BUKKK!!!! Sekali Allah tarik sikit je nikmat sihat tu. Apa pun tak boleh buat. Anak-anak, Alhamdulillah ada juga yang tolong tengok-tengokkan.

Allah tarik nikmat sihat tu sikit je... tapi, Subhanallah.... banyak sangat benda yang tertangguh oleh kerananya. Hari Khamis dua minggu sudah, balik dari lab, badan dah rasa tak sedap. Tulang-tulang rasa berbisa dan sengal-sengal. Mak kata mungkin sebab masa pantang tempoh hari ada ngelat-ngelat. Tapi, makin malam, makin rasa tak sedap. Anak-anak pun dah tak tertengok. Demam panas malam tu.

Esoknya masih tak baik, ke klinik dekat-dekat sini je. Doktor suspect denggi (kat kawasan sini memang tengah hot denggi ni, dan adik pun baru dua minggu sebelum tu kena denggi). Doktor tak bagi breastfeed Farheen (sebab tak tau, ikut la juga). Kesian Farheen malam tu. Tak minum direct dengan ibu, menangis aje la. Dengan ibu pun menangis sama.

Mr Hubby, Jumaat malam tu baru bertolak dari Kuantan, takde idea langsung wife dia ni kena suspect denggi. Dengan gembiranya bagitau nak bertolak dah. Lepas tau je, terus terdiam seketika. Sempat lagi siapkan air ruqyah kat rumah. Bekalan untuk orang sakit. Malam tu buang 20 oz susu badan. Sayang sangat... Menangis masa buang susu tu.

Sabtu pagi, Mr Hubby minta maknya telefonkan sepupunya, seorang pakar sakit puan... Terkenal la orangnya... Kata boleh je susukan baby (Doktor mula-mula tu tak habis belajar kot. Pas tu bagi advise salah la pulak... EISHHHH). Walaupun Mr Hubby depan mata, suhu badan turun naik je la. Demam panas tak kurang 40 darjah.

Kemudian day 3 tu, pergi la ke Hospital Kulai. Masuk air bagai, amik darah semua, Alhamdulillah... hanya viral fever. Tapi, I really don't wish anyone to have it. Seksanya MasyaAllah... seminggu demam tak surut-surut. Badan sangat-sangat aching, lenguh sana sini. Walaupun bukan denggi, tapi sama je rasa nya...

Semoga semua pembaca-pembaca diluar sana sentiasa dikurniakan nikmat kesihatan yang berpanjangan. Jangan lupa minum air yang mencukupi setiap hari. Kalau tiba-tiba kena demam panas tak tentu pasal, sakit-sakit badan, teruslah segera jumpa Doktor. Mudah-mudahan semuanya ok...

Take care all...

0 comments:

Post a Comment