Pages

Protein Bukan-GMO yang lengkap dengan semua asid amino perlu Vitamin B yang lengkap dan seimbang Mengandungi magnesium, vitamin D, zink, tembaga, manganese Menyediakan asid lemak Omega 3 termasuk DHA dan EPA Multi vitamin dan Multi mineral semulajadi yang disalur Jam demi Jam

Shaklee supplements for all kind of needs. For a healthier life, for healthy people, pregnant and breastfeeding mommas, kids, men and women health, for the elderly, fertility, beauty and many more. Shaklee All Natural Supplement is indeed for ALL.

Monday 1 December 2014

9 Rahsia Buah Delima Untuk Kesihatan Kita

Sebagai entry untuk blog yang dah bersawang ni, saya nak ceritakan mengenai rahsia buah delima untuk kesihatan kita. Biasanya, saya hanya akan cari buah delima ni semasa saya mengandung je. Dari Syabeel, kemudian Zhofeer dan last sekali ni, Farheen, saya memang tak pernah miss dari makan buah delima ataupun nak senang, minum jusnya. Saya tak rajin masa tu nak google apa kebaikannya pada wanita mengandung, hanya ikut cakap mak je, sebab selalu pesan makan buah delima ni...

9 Rahsia Buah Delima Untuk Kesihatan Kita
Buah Delima yang penuh khasiat untuk kesihatan

Rupanya banyak lagi rahsia buah delima untuk kesihatan tubuh badan kita. Saya ada baca satu artikel ni, jadi saya sharekan kat blog ni untuk manfaat kita bersama. Jom tengok apakah 9 rahsia buah delima ni, terutamanya untuk kesihatan kita.


Rahsia 1 | Delima Dapat Membantu Merendahkan Tekanan Darah
Buah delima mempunyai kandungan phytochemical yang mendorong penerimaan serotonin dan estrogen, membaiki simptom tekanan darah tinggi. Kandungan antioksidan pada delima juga mampu untuk mengurangkan sel darah kotor dan secara semula jadi mengurangkan tekanan darah, faktor kepada pencegahan jantung dan strok.

Rahsia 2 | Delima Melawan Penyakit Jantung
Buah delima membantu melancarkan peredaran darah dalam badan. Antioksidan membantu kawasan sel yang rosak. Delima mengandungi flavanoids dan polyphenols yang tinggi, antioksidan mampu melawan penyakit jantung dan kanser.

Rahsia 3 | Delima Membantu Menstabilkan Paras Kolestrol
Buah delima akan membantu akan membantu meningkatkan tahap kolestrol yang baik disamping menurunkan tahap kolestrol yang jahat. Tahap kolestrol jahat yang tinggi boleh membawa risiko penyakit berbahaya.

9 Rahsia Buah Delima Untuk Kesihatan Kita

Rahsia 4 | Delima Melawan Kanser
Kajian penyelidik mendapati buah delima dan minyak dari bijinya dapat memusnahkan dan mengurangkan sel kanser payudara, kanser kulit dan kanser prostat serta mengekalkan sel sedia ada.

Rahsia 5 | Delima Mengurangkan Batuk dan Asthma
Kandungan asid askorbik (Vitamin C) yang tinggi dalam buah delima merupakan agen anti oksidan yang hebat. Ia akan mengurangkan bunyi pada pengidap asthma.

Rahsia 6 | Delima Merangsang Tenaga Batin
Buah delima kaya dengan antioksidan yang dapat meningkatkan pengaliran darah pada alat kelamin. Hasil kajian mendapati segelas jus delima berpotensi seperti viagra yang membantu fungsi syahwat lelaki.

Rahsia 7 | Delima Mengurangkan Risiko Penyakit Kencing Manis
Buah delima sangat baik untuk pesakit kencing manis. Kajian mendapati pesakit kencing manis yang meminum jus delima selama 3 bulan dapat merendahkan kebarangkalian atherosclerosis (pengerasan arteri).

Rahsia 8 | Delima Mengurangkan Berat Badan
Buah delima hebat dalam melawan lemak, dengan cara menolong proses membawa makanan ke salur pencernaan, ini akan memberikan badan kurang peluang untuk mengumpul lemak dan membuatkan metabolisma badan meningkat. Pada mereka yang mengamalkan meminum jus delima akan berasa lebih ringan.

Rahsia 9 | Delima Melindungi Otak Bayi dan Ibu Mengandung
Mengamalkan meminum jus buah delima semasa mengandung dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Jus delima juga mengandungi potassium yang dapat mengelakkan kekejangan kaki yang biasanya dihidapi oleh ibu mengandung pada waktu malam.

Banyakkan khasiat buah delima ni... Esok pergi Jusco, boleh beli sebiji dua...


Nak tahu dengan lanjut mengenai produk-produk Shaklee? Hubungi saya.

FB: Masherna Mustafa
ID No: 885854
Call / SMS /WhatsApp: 0199873748
Email: mashernamustafa@yahoo.com

Jangan segan-segan.

0 comments:

Post a Comment