Pages

Protein Bukan-GMO yang lengkap dengan semua asid amino perlu Vitamin B yang lengkap dan seimbang Mengandungi magnesium, vitamin D, zink, tembaga, manganese Menyediakan asid lemak Omega 3 termasuk DHA dan EPA Multi vitamin dan Multi mineral semulajadi yang disalur Jam demi Jam

Shaklee supplements for all kind of needs. For a healthier life, for healthy people, pregnant and breastfeeding mommas, kids, men and women health, for the elderly, fertility, beauty and many more. Shaklee All Natural Supplement is indeed for ALL.

Wednesday 17 September 2014

The Story of Mother of 3

Sedar tak sedar dah 52 hari dah usia Aisyah Farheen binti Fitri Sani. Aku pun dah officially jadi ibu beranak 3. Alhamdulillah... Siapa sangka yang dulu susah nak dapatkan zuriat, diagnosed with PCOS dan mempunyai sebelah tiub fallopio yang berfungsi, dapat anak 2 tahun sekali. Alhamdulillah Ya Allah... Syukur atas nikmatMu ini.

Memang journey nak dapatkan anak ni memang sangat sukar bagi aku dan hubby. Hanya selepas 6 tahun kahwin, baru dapat menimang cahaya mata. Banyak dah usaha kami berdua buat. Modern ke tradisional ke... banyak dah kami redah.

Cahaya mata kami yang sulung adalah hasil produk bayi tabung uji (IVF). Tak pernah dulu terfikir akan dapat anak dengan cara ini. Alhamdulillah. First time buat IVF, terus dapat seorang. Tapi sebelum2 tu, 4 kali buat permanian beradas (IUI), kena ectopic pregnancy (1st time buat IUI) - kandungan luar rahim, potong sebelah tiub fallopio. Nak buat IVF pulak, 2 minggu juga kena suntikan hormon (untuk matangkan ovum). 2 minggu tu kira lama lah. Biasanya 7 hari dah matang dah. Lepas tu masa ovum pickup. Hampir sejam di bilik rawatan. Hanya dapat sebiji ovum yang doktor kata gred B. Ovum yang lain semua kosong. Telur yang ada shell je, isi takde. Orang lain yang ovum pickup hanya setengah jam je dengan hasil tuaian berbelas2 biji ovum yang boleh dipreservekan untuk kegunaan yang akan datang. Tengok tu... susah nak dapatkan anak yang sorang tu...

Ahmad Syabeel the IVF Baby

Alhamdulillah... 30 Mac 2010, lahirlah zuriat sulung tu. Diberikan nama Ahmad Syabeel. Now he's 4 years plus dah. Next come Ahmad Zhofeer (14 July 2012). Anak pertama yang normally conceived and delivered (Syabeel lahir ikut tingkap - C-Sect), now 2 years plus. 1st time rasa sakit bersalin. Alhamdulillah, tak lama rasa sakitnya. Kemudian, sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri (27 July 2014), lahirlah pula puteri sulung, yang mana sama macam Zhofeer, conceived and delivered normally.

Ahmad Zhofeer the 1st Normally Conceived and Delivered Baby

Aisyah Farheen the 1st Baby Girl

Itulah tanda2 kekuasaan Allah s.w.t. Hebat tak hebat. Diberikan segala ujian yang mana mengingatkan kita untuk sentiasa memohon, merayu dan mengingatiNya. Sedikit nasihat kepada mereka yang belum dapat zuriat, banyakkan berdoa pada Allah. Ingat Dia, Dia akan ingat kat kita. Minta dengan Dia. Sesungguhya segala rezeki itu dariNya. Ingat lagi kata2 doktor IVF, dia dah cuba yang terbaik, selepas ini, semuanya adalah ketentuan Allah. Memang betul. Doktor dah tak berkuasa lagi dah menentukan perjalanan ovum dan sperm yang dimasukkan dalam rahim tu. Semuanya kerja Allah...

Kalau orang tanya, ada makan apa2 ke tetiba je mudah dapat anak? Lagi2 bila tahu aku ni Pengedar Shaklee. Jawapannya, aku makan supplement bukan nak dapatkan zuriat. Makan supplement sebab nak badan sihat. Sejak kenal Shaklee sebelum Zhofeer lahir, badan rasa sedap aje bila makan Shaklee. Taklah rasa melepek. Pernah saya postkan entry kesan pengambilan ESP masa nak bersalinkan Zhofeer tu. Boleh baca semula kat sini. Baby Farheen ni memang baby Shaklee. Sejak dari dalam perut, ibu dia consume Shaklee. Until today. Aku hanya consume yang basic je. Vitalea, B-Complex, Vitamin C SR, Ostematrix, Omega Guard dan ESP. Sejak sebelum pregnant pun. Kadang-kadang amik Vivix dan Collagen. Semua Shaklee punya (masa pregnant tak amik la 2 supplement ni). Masalah time pregnant adalah darah tinggi. Setiap kali pregnant setiap kali tu darah tinggi. Ubat doktor pun amik, Shaklee pun amik. Doktor tak bagi vitamin lain cuma ubat darah tinggi tu je la. Dia tanya vitamin lain tak amik ke? Aku cakap je aku amik Shaklee. Takde la doktor tu nak mengomen. Setiap kali jumpa dia semua ok aje. Tekanan je la naik turun naik turun.

ESP - untuk membekalkan protein dalam badan. Sebab sel2 dalam badan terbina dari protein, jadi pengambilan ESP ni dapat membaiki sel2 dalam badan (itu agaknya agak produktif. 2 tahun sekali dapat anak). Maklumlah badan aku ni dah kerap sangat disuntik dengan hormon selama lebih 5 tahun (kesannya badan macam dipam-pam).
Vitalea - Multivitamin yang terdiri dari 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa. Lagilah dah ada Iron kat dalam tu. Iron (zat besi) diperlukan untuk membantu dan memulihkan paras hemoglobin dalah darah terutamanya untuk ibu2 hamil.
B-Complex - Mempunyai penyaluran zat makanan berpaten untuk meningkatkan penyerapan nutrien penting iaitu asid folik. Asid folik penting untuk wanita mengandung dan telah terbukti dapat mengurangkan risiko melahirkan anak terencat akal atau masalah kecacatan saraf tunjang.
Vitamin C - Untuk meningkatkan sistem immuniasi badan. 1 tablet Vit C Shaklee = 7 setengah biji oren (Larat ke korang nak kupas oren 7 setengah biji sehari??)
Ostematrix - membekalkan kalsium untuk pertumbuhan tulang. Ibu mengandung perlu lebih banyak kalsium. Nanti baby sedut kalsium ibu, nak bina tulang dia. Lagipun pengambilan ostematrix ni dapat kurangkan muscle cramp dan hilangkan lenguh2 pinggang. Nak melawas pagi-pagi pun mudah jek.
Omega Guard - Minyak ikan terbaik di dunia. Mengandungi 7 jenis asid lemak omega-3 semula jadi. EPA untuk sihatkan jantung dan sendi manakala DHA penting untuk perkembangan dan fungsi-fungsi otak. Babykan nak membesar dalam badan, pengambilan oleh ibu mengandung sekaligus dapat dikongsi dengan baby.

Macam yang disebutkan awal tadi, aku tak bergantung kepada supplement nak dapat anak (makan pun on off on off). Mungkin sebab ambil supplements, sel2 dah bertambah baik, mudahlah nak dapat anak. Tapi yang penting, kena minta dengan Allah. Allah yang berikan rezeki tu. Kalau makan supplement banyak mana sekalipun, Allah tak nak bagi lagi, jangan pulak kita salahkan supplements tu. Tak berkesan lah, buat habis duit lah... Macam-macam alasan. Tengoklah diri kita semula. Cermin balik betul2 diri kita. Ada tak kita buat apa yang Allah suruh kita buat? Ada tak kita bergantung sepenuhnya pada Allah? Ambil supplements tu cuma usaha kita yang tak seberapa. Tak salah untuk kita berusaha malah digalakkan lagi. Fikir dan renungkan balik.

p/s: mesej ini bukanlah untuk tunjuk kealiman atau kewarakan diri... cuma perkongsian pengalaman sepanjang journey nak dapatkan anak...

0 comments:

Post a Comment