Saya memang penggemar setia soya, apa2 yang ada kaitan dengan soya semua saya suka. Saya suka minum air soya, saya gemarkan tauhu dan saya memang cintan habis dengan tempe. Sejak dari kecik lagi memang tempe makanan favorite saya. Sampai abah saya panggil saya minah jawa. Lagilah masa saya buat degree dan masters dulu kat Parit Raja, Batu Pahat. Tu pasal gelaran minah jawa tu tak tinggal.
Disebabkan saya ni suka sangat minum soya, dan ramai pula yang bagitau kalau pregnant, bagus minum soya, saya minta hubby saya belikan soya berkotak2. Sampai sebab dah selalu sangat minta susu soya, hubby saya belikan satu carton soya y***s sekaligus. Itu dalam masa seminggu setengah dah habis. (Saya citer ni masa saya pregnant anak sulung saya yang dah saya tunggu 6 tahun kelahirannya --- MY IVF BABY).
Itu citer lama la kan. Anak saya yang sulung ni pun dah nak masuk 3 tahun tahun 2013 nanti. (Cepat je anak ibu ni besar ye)...
Tajuk ESP, citer dah melalut kat mana2 dah. Anyway, saya kenal ESP Shaklee sebelum bersalin anak yang kedua. Itu pun sebab kawan2 kat FB duk promote kebaikan2 dia. Niat beli ESP ni dulu sebab nak bagi tenaga untuk saya yang sedang sarat mengandung nak puasa ganti. Alhamdulillah. Rasa la kebaikannya, walaupun tak habis pun puasa ganti tersebut.
Apa tu ESP?
ESP adalah minuman protein soya dari Shaklee. ESP ni dah diiktiraf di seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat extensive lagi comprehensive. Soya yang digunakan untuk ESP ni adalah non-GMO (non-Genetically Modified Organism) yang diproses pada suhu yang rendah dan tidak dibasuh dengan alkohol. 1 canister ESP seberat 850 gram ni, dihasilkan daripada 30kg soya. Selain daripada itu, ESP Shaklee merupakan satu2nya produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia (perlu diambil dari makanan) --- jadi macam mana kita nak pastikan semua 9 asid amino tu kita ambil bila kita makan?
Pada saya, ESP ni adalah makanan asas untuk kita mengambil vitamin2 yang lain. (saya tak cakap orang lain, ini memang pandangan saya semata2). Sebab protein adalah asas atau bahan utama dalam pembentukan organ dalam badan kita manusia. Senang cakap, protein ni adalah building block kepada tubuh manusia. ESP ni dapat memberikan tenaga straight to the cell. Ini disebabkan oleh 9 asid amino tadi, (btw, asid amino adalah bentuk protein paling ringkas), jadi ESP lebih mudah untuk diserap oleh badan untuk pembinaan sel-sel baru, tisu, otot dan organ badan. Bila sel2 dalam badan sihat, memang memudahkan penyerapan vitamin2 lain untuk berfungsi dengan optima pada badan. So nak amik vitamin2 lain, tak le terasa ruginya.
Alhamdulillah, dari pregnant minum ESP sampai la anak dah nak 5 bulan ni, badan saya tak terasa penat, walaupun saya sering berpuasa Isnin dan Khamis dan fully breastfeed my youngest (menggantikan puasa yang tertinggal sebelum dan selepas bersalin hari tu --- penangan bersalin 1 minggu sebelum Ramadhan). Saya rasa kekal bertenaga dari pagi sehingga malam. If before tidur saya minum ESP, mudah saya nak bangun paginya sebab badan memang rasa segar.
Cerita bestnya, masa saya nak bersalin Julai lepas (tak rasa sakit, sebab saya ada PIH - pregnancy induced hypertension, so kena induced week 38 - kira pi serah diri la), saya bawa bekal ESP untuk kegunaan di hospital. Pagi kena induced tu, saya amik segelas. Rasa sakit nak bersalin tu start around jam 8 malam. Betul2 contraction dalam pukul 10 mlm. Saya masuk labour room pukul 11.29 malam dengan bukaan 4 cm dan baby keluar 11.59 malam. Kelahiran ni dikira sebagai kelahiran pertama sebab yang si abang lahir secara C-sect. (Adik lahir secara normal ye)... Untuk 1st timer mcm saya ni, saya tak rasa penat, walaupun tak pandai nak kawal pernafasan masa nak push baby keluar. Adakah ini disebabkan ESP? Allah maha mengetahui...
Alhamdulillah, rezeki anak, lepas bersalin tu terus keluar susu dan sampai sekarang pun supply susu saya pada baby juga bertambah, kalau lambat pam, sakit jadinya. Susu yang dipam lebih pekat dan nampak macam formula milk (saya selalu duk eskperimen kat diri sendiri, bila minum macam mana, bila tak minum apa kesan dia)...
Bukan rasa segar je, selain dari tu, saya dapat rasakan perbezaan pada kulit saya. Rasa kulit semakin halus dan gebu, sehalus dan segebu kulit baby. Sebab sel pada kulit sentiasa diperbaharui. Saya juga terkejut, selulit pada lengan saya pun macam dah tak de. Kuku dan rambut saya pun semakin berkilat. Tapi yang paling penting, tekanan saya kurang. Dengan kerenah abang yang mahukan perhatian, yang kadang-kadangnya menguji kesabaran, hehehe... Alhamdulillah... sekarang kalau dia buat hal, takde la saya menjerit2 marah. Senyum and gelak je. (sebab saya ada ambil vitamin yang lain juga selain ESP). Memang terasa perbezaannya di situ.
Bukan saya saja, disebabkan saya fully breastfeed adik, baby boy yang sememangnya diketahui kuat menyusu, anak saya cepat rasa kenyang bila minum susu. Tidur malam memang lena dan hanya akan bangun menyusu bila dah dekat nak subuh (suruh ibu dia bangun subuh la). Kulitnya yang gebu tu, bertambah gebu, dan badannya makin montel.
Gambar masa Hari Raya Aidiladha baru2 ni. Tu baby saya baru 3 bulan, tembamkan? |
Ini kira testimoni saya sendiri la juga ye untuk ESP. Next2 entry nanti saya bagi lagi testimoni untuk yang lain2. (sekarang tengah bercollagen... kan promo disember ni...)
Jika berminat nak cuba, boleh hubungi saya di:
FB: Masherna Mustafa
Page: www.facebook.com/shakeezmomeshoppe
Email: mashernamustafa@yahoo.com
SMS/Call: 0199873748
jangan segan2 tau!!!
0 comments:
Post a Comment