Pages

Protein Bukan-GMO yang lengkap dengan semua asid amino perlu Vitamin B yang lengkap dan seimbang Mengandungi magnesium, vitamin D, zink, tembaga, manganese Menyediakan asid lemak Omega 3 termasuk DHA dan EPA Multi vitamin dan Multi mineral semulajadi yang disalur Jam demi Jam

Shaklee supplements for all kind of needs. For a healthier life, for healthy people, pregnant and breastfeeding mommas, kids, men and women health, for the elderly, fertility, beauty and many more. Shaklee All Natural Supplement is indeed for ALL.

Saturday 20 September 2014

HAVOC!!! Mall Kena Serang

Sungguh kagum melihat ibu, mak, mama, mummy yang beranak ramai ni. Kagum dengan depa pi makan kat luar, pi jalan2 (lagi2 kalau tidak ditemani husband). Kagum dengan semangat dan kesabaran mereka melayan dan meng'handle' ragam anak2 yang ramai tu. Macam mana mereka ni boleh survive yek? Ada tips tak? Share la sikit... Aku ni ha, baru je beranak 3. Allah... Payah jugak rupanya, nak buat aktiviti2 luar bersama mereka ni. (Sila baca, Window shopping).

Kisahnya semalam keluar dengan anak2. Bertemankan Tok Teh dan juga Opah mereka. Sebenarnya anak2 yang temankan ibu ni menemani Opah mereka. Abi budak2 ni tak de. Teman semasa makan aje la. Lepas tu pergi ofis balik. Biasa la budak2 ni dengan ragam masing2. Dengan Syabeel yang merengek2 nak main taman kat atas (tak jadi shopping Tok Teh ngan Opah), dan dengan si Farheen yang meragam tak nak duduk dalam wrap (dah la Ibu ni baru nak berjinak2 dengan baby wearing). Havoc la kejap Megamall semalam. Zhofeer je la behave sikit. Duduk dalam stroller sampai tertidur...

Las-last semalam 2 kali pergi Megamall. Bagi Syabeel main kat taman puas2. Lepas ni susah la pulak. Ibu tak boleh nak balik Kuantan 2 bulan pas ni. Kena duk JB, pi fakulti buat Lab. So main la puas2 anak... Kali ke2 tu, Zhofeer pun join la abang dia main sekali.

Semalam bukan la kali pertama ber baby wearing. Memang sangat baru dalam baby wearing ni. Anak2 yang sebelum ni, ada juga try, tapi tak berapa berjaya sebab depa tak suka sangat. Dah ada anak 3 terpaksa la ber baby wearing semula. Kali ni guna Moby wrap je. Sebab akan selalu jauh dengan Mr Hubby, banyak benda la yang kena buat sendiri dengan anak2. So semalam tu kira practice lagi la guna wrap.

Tergerak hati nak guna wrap ni sebab tengok ofis mate guna dengan anaknya. Nampak macam mudah jek. Sebab guna wrap dan RS. Masih baru yek dalam hal ni. Tanya aku pun, bukan boleh jawab sebab tak banyak membaca lagi pasalnya. Selama ni guna Baby Bjorn tu jek. Itupun yang adik hadiahkan masa Syabeel lahir 2010 dulu.

Tapi setakat ni guna Moby wrap tu, boleh la juga. Sebab baru lagi, nak memakainya makan masa lagi la. Nak sarungkan anak pun macam tak betul lagi. Tengok You Tube macam senang jek... Tapi... memang kena practice lagi. Alhamdulillah... dukung anak tak la terasa berat sangat. Sebab dia melekap kat dada. Mudah sikit la dia nak tido. Cuma takut lagi nak lepaskan tangan. Mesti jugak tampung badan dia. Takut jatuh... (Kalau ada active baby wearers yang baca ni, mohon tunjuk ajar n bagi tips yek).

Farheen dalam Moby Wrap
Nak kena beli lagi wrap lain ni ;P

By the end of the day yesterday, terasa juga la kepenatan melayan anak2 walaupun tak lama sangat keluar rumah. Tak sampai 5 jam pun kat mall tu... Malam tu sebelum tidur amik dulu 4 biji ostematrix Shaklee. Supaya tak terasa la lenguh2 kaki dan pinggang sebab melayan anak2 di mall tanpa Abi depa...

Next time keluar jalan2 window shopping WAJIB bawak Abi sekali ye anak2...


0 comments:

Post a Comment