Pages

Protein Bukan-GMO yang lengkap dengan semua asid amino perlu Vitamin B yang lengkap dan seimbang Mengandungi magnesium, vitamin D, zink, tembaga, manganese Menyediakan asid lemak Omega 3 termasuk DHA dan EPA Multi vitamin dan Multi mineral semulajadi yang disalur Jam demi Jam

Shaklee supplements for all kind of needs. For a healthier life, for healthy people, pregnant and breastfeeding mommas, kids, men and women health, for the elderly, fertility, beauty and many more. Shaklee All Natural Supplement is indeed for ALL.

Wednesday 1 March 2017

5 Tips Mudah Ibu Hamil Kumpul Pahala Untuk Ke Syurga

Assalamualaikum wbt.. dan salam sayang semua...

Sebagai seorang wanita, kita sangat bertuahkan? Banyak diperkatakan dalam Al-Quran tentang istimewanya kita. Betapa kita mudah untuk memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang kita nak, tapi... mudah juga untuk kita terjerumus dalam neraka. Nauzubillah hi min zalik... Salah satu keistimewaan kita, sebagai wanita, kita boleh hamil. Membesarkan satu nyawa dalam rahim, satu nikmat yang tidak terhingga kan?

Saya kongsikan di sini 5 Tips Mudah Ibu Hamil Kumpul Pahala Untuk Ke Syurga. So... macam mana ye, kita nak kumpul sebanyak-banyak PAHALA semasa kita hamil? Masa hamil ni, kita boleh guna untuk kutip segala PAHALA... (maklumlah, kita suci dari haid sehingga 9 bulan 10 hari kan)... :D


5 Tips Mudah Ibu Hamil Kumpul Pahala Untuk Ke Syurga


Tips 1: Memperbanyakan Syukur

Syukur! Syukur!! Syukur!!! Syukur atas anugerah bayi dalam kandungan yang Allah berikan kepada kita. Buatlah amalan-amalan yang Allah suka; seperti mendalami ilmu agama, ikut majlis ilmu, bersedekah, dan sebagainya.


Tips 2: Memulakan Proses Tarbiyah Kepada Bayi

Ibu yang hebat, akan melahirkan anak yang hebat. Sudah banyak terbukti dalam sejarah Islam. Para ulama yang disegani lahir dari rahim ibu yang hebat. Waktu hamil ini, bakal ibu dan ayah perlu menjaga perilaku yang mulia. Jagalah solat, buatlah diawal waktu, banyakkan baca Al-Quran, dan juga ibadah-ibadah lain yang memberi kesan positif pada bayi dalam kandungan.


Tips 3: Kawal Emosi

Sudah pastinya, saat hamil, emosi seorang ibu macam roller coster. Betul tak? Bakal ibu perlu bijak mengawal emosi pada waktu ini kerana besar kemungkinan akan mempengaruhi janin yang dikandung. Jadi kalau time rasa down, cepat-cepatlah kita beristighfar dan banyakkan berzikir serta berfikiran positif.


Tips 4: Elakkan Perbuatan Yang Syirik

Kuatkan diri dengan ajaran Islam. Jangan dekati perbuatan syirik yang mencari perlindungan selain dari Allah. Ingat tu... Walaupun perbuatan itu atas nama adat, tradisi atau sebagainya. Percayalah... Hanya Allah yang perlu kita pohon pertolongan. Segala apa yang ada pada kita, Allah yang beri. Dia yang bagi sakit, Dia juga yang sembuhkan... Dia yang berikan masalah, Dia juga yang boleh keluarkan kita dari masalah tu.


Tips 5: Jaga Pemakanan

Carilah makanan yang kita yakin halal. Ambil makanan yang seimbang, yang cukup zat dan nutrisi. Ibu mengandung, orang kata, makan untuk berdua... Jangan hanya lebihkan kuantiti makanan. Lebihkan juga nutrisi untuk tumbesaran janin dalam rahim. Ibu yang sihat, InsyaAllah... akan melahirkan bayi yang sihat juga.

Takkan kita nak bagi yang second best untuk zuriat kita, ye tak? Mesti kita nak yang terbaik serba-serbinya untuk si comel kan?


Nak cari produk Shaklee? Boleh aje hubungi saya ye...

Masherna Mustafa
885854
019.987.3748
Kawasan Kuantan dan sekitarnya


0 comments:

Post a Comment