Pages

Protein Bukan-GMO yang lengkap dengan semua asid amino perlu Vitamin B yang lengkap dan seimbang Mengandungi magnesium, vitamin D, zink, tembaga, manganese Menyediakan asid lemak Omega 3 termasuk DHA dan EPA Multi vitamin dan Multi mineral semulajadi yang disalur Jam demi Jam

Shaklee supplements for all kind of needs. For a healthier life, for healthy people, pregnant and breastfeeding mommas, kids, men and women health, for the elderly, fertility, beauty and many more. Shaklee All Natural Supplement is indeed for ALL.

Friday 19 July 2013

Quick update: Baju Raya!!!!!

Salam 10 Ramadhan... Ada berbaki lagi 20 hari lagi. Cepat sungguh masa berlalu. 10 hari rasa macam sekejap sangat.

Misi mencari baju raya sekeluarga untuk dipakai 1Syawal masih lagi belum tertunai. Maklumlah orang dah beranak dua. Dua-dua anak bujang pulak... Macam mana nak larat ibu sorang ni duk kejar abang dengan tolak stroller adik kalau keluar bertiga je. (Itupun kalau si abang nak berjalan... usually dia yang nak duk dalam stroller). So nak tak nak kena la tunggu abi free sikit.

Orang bekerja ni payah la sikit nak keluar. Kat Kuantan ni pulak, kalau nak keluar hujung minggu time2 bulan puasa ni... Allah... susahnya. Macam ulat kat shopping complex. Dari hari Jumaat dah start jam kat bandar Kuantan, sebab orang2 Terengganu dah shopping kat Kuantan. Sabtu, penuh juga, sebab orang Kuantan dan Terengganu sekali keluar shopping. Ahad... Orang Kuantan la. Dah, bila nak keluar ni???

Esok, ingatkan nak keluar awal pi serang Mall, tapi abi pun kerja esok kan? Makin lama tangguh, makin ramai orang2 di shopping mall tu. Tengok lah Ahad ni. Kita pi serang awal2. Kita buka Mall tu... Warna apa ye untuk tahun ni? Ada suggestion?...

0 comments:

Post a Comment