Pages

Protein Bukan-GMO yang lengkap dengan semua asid amino perlu Vitamin B yang lengkap dan seimbang Mengandungi magnesium, vitamin D, zink, tembaga, manganese Menyediakan asid lemak Omega 3 termasuk DHA dan EPA Multi vitamin dan Multi mineral semulajadi yang disalur Jam demi Jam

Shaklee supplements for all kind of needs. For a healthier life, for healthy people, pregnant and breastfeeding mommas, kids, men and women health, for the elderly, fertility, beauty and many more. Shaklee All Natural Supplement is indeed for ALL.

Tuesday 2 July 2013

FUHHH (Lagi sekali dan Lama sikit)

salam all...

Fuhhh!!!! Kali ni lama sikit tiup tu... dah bersawang benar blog ni. Dah lama tak mengupdate nya. Mahu tak, asal saja buka komputer, ada aje la budak besar tu sibuk nak tengok You Tube... Nak study pun tak dapat, apatah lagi nak mengupdate blog.

Banyak perkara dah berlaku dlm masa dekat setengah tahun tak update ni. Ramadhan akan datang sekali lagi, InsyaAllah... bermakna lagi beberapa hari, my second son, Ahmad Zhofeer akan meyambut birthday nya yang pertama. Cepat betul masa berlalu...

Dalam masa tak mengupdate ni, abangnya Zhofeer, Ahmad Syabeel (our darling IVF baby) dah menyambut birthdaynya yang ke 3 (30 Mac lalu). Tahun ni serba ringkas. Tak menghantar ole-ole ke Fertility Center IIUM kat Kuantan ni pun. Bukannya terlupa, tapi schedule saya yang tak mengizinkan. Saya dan anak-anak di Johor Bahru, abi mereka di Kuantan.

General Election pun dah sudah. 5 Mei tempoh hari. Hari tu Syabeel kena admit wad sebab jangkitan kuman pada paru-paru (pneumonia). Dengan takde warning, virusnya cepat betul menyerang. Batuk dan selsema baru sehari, demam pula tak sampai 10 jam. Tapi... Subhanallah... Macam dah nak mati anak sorang tu. Bernafas pun tak boleh... (Macam kejam kan cakap macam ni, tapi itulah hakikatnya - Abinya terpaksa tepuk2 pipi tak nak si anak terlelap sepanjang perjalanan ke hospital).

6 Mei -  my birthday. Terpaksa 'sambut' dalam wad di Kuantan Specialist Hospital sebab temankan si Syabeel. Dia warded for 5 days. Kami 4 beranak berkampung la dalam wad tu. Beralaskan toto dan berbantalkan bantal dari rumah... Pengalaman yang mengerikan. So takde langsung la rasa nak celebrate birthday ke apa...

Anyway... selamat menyambut Ramadhan... Semoga ibadah kita diterima Allah...

0 comments:

Post a Comment