Pages

Protein Bukan-GMO yang lengkap dengan semua asid amino perlu Vitamin B yang lengkap dan seimbang Mengandungi magnesium, vitamin D, zink, tembaga, manganese Menyediakan asid lemak Omega 3 termasuk DHA dan EPA Multi vitamin dan Multi mineral semulajadi yang disalur Jam demi Jam

Shaklee supplements for all kind of needs. For a healthier life, for healthy people, pregnant and breastfeeding mommas, kids, men and women health, for the elderly, fertility, beauty and many more. Shaklee All Natural Supplement is indeed for ALL.

Friday, 10 October 2014

Day 5 - Laksa Johor Special Homemade Recipe

Fuh!!! Tajuk yang payah nak buat ni... Kenapa susah? Hahaha...

1. 'Rajin' sangat memasak
2. Masak ikut musim - kalau musim nak makan mee, makan mee je la. Musim nak makan sup, sup aje la. Musim nak makan sambal, tiap2 hari masak sambal.
3. Masak main campak2. Takde sangat nak ikut resepi. Semua ikut sedap mulut aje.
4. Biasanya masak akan lebihkan aksesori. Kalau mee tu akan nampak ayam, udang, sotong dan sayur-sayuran, mee tersorok2. Orang panggil mee kebun sayur.
5. Kalau masak resepi yang memerlukan santan, saya OUT awal2. Anak saya Syabeel memang allergic sama itu santan, kelapa parut, air kelapa dan yang berkenaan dengannya. Dah 4 ++ years dah tak masak santan yek...

- Selamat la Mr Hubby jenis makan aje. Tak banyak soal dan tak banyak komen. Biasanya dia komen sedap aje. Dia malas komen2. Katanya dah ada orang masak pun dah bersyukur sangat dah.
- Tang banyak aksesori tu memang dia suka sangat. Banyak makan lauk je.

Melalut dah la pulak. Nak share resepi, tapi dah tertaip panjang lebar intro nya...

Ni ha...Resepi masa Hari Raya Aidiladha baru2 ni. LAKSA JOHOR. (Bear in mind ye, saya masak bersama2 chef dari Bangi dan saya eyeball je sukatan, main campak2 je kan)

Laksa Johor favourite saya

Bahan2 untuk kuah laksa:
1 kg ikan tenggiri atau ikan kembung (direbus)
Minyak untuk menumis
5 sudu rempah kari daging (bancuh dengan air untuk dijadikan pes)
2 mangkuk santan
1/2 genggam ikan bilis (diblend / ditumbuk halus)

Bahan A:
11 tangkai cili kering
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
2 batang serai
4 cm lengkuas
5 biji buah keras
4 cm halia
2 cm kunyit

Bahan B:
5 mangkuk air rebusan ikan
1/2 mangkuk kerisik
3 keping asam keping
Garam secukup rasa
1/2 buku gula melaka

(Saya buat tak ikut sukatan betul2 ye... Ikut sedap tekak je...)

Laksa Johor in the making

Cara penyediaan:
1. Rebus ikan dan ambil isinya. Blend isi ikan tu bersama dengan air rebusannya (bukan dari bahan B)
2. Blend bahan A sehingga halus.
3. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan A tadi sehingga pecah minyak dan naik bau. Masukkan ikan bilis yang diblend.
4. Masukkan pes kari daging, kacau rata sehingga sedikit garing.
5. Masukkan ke semua bahan B dan kacau seketika sebelum memasukkan isi ikan yang telah diblend tadi.
6. Akhir sekali masukkan santan dan masak hingga kuah mendidih dan pekat.

(TASTE... TASTE... TASTE... ~ Friendly reminder dari Chef Gordon Ramsey)

Laksa Johor siappp

Dah siap... Kemudian kita assamble la laksa kita tu. Spaghetti yang dah dimasak al dante adalah laksanya. Diikuti dengan aksesori lain iaitu ulam-ulaman (kacang panjang, timun, daun kesum, bunga kantan, bawang merah yang semuanya dihiris atau dicincang halus, taugeh, limau kasturi dan sambal belacan - cili tumbuk ngan belacan je). Makan la dengan kuah yang masak sedap2 tadi tu...

Selamat Mencuba ye...

2 comments:

Nurul aziyana said...

bila nk ajak dtg rumah makn laksa johor ni

Unknown said...

hahaha.... kalau datang masa rajin nak masak tu, k mas laungkan ke precint 1 yek mcna.

Post a Comment