Pages

Protein Bukan-GMO yang lengkap dengan semua asid amino perlu Vitamin B yang lengkap dan seimbang Mengandungi magnesium, vitamin D, zink, tembaga, manganese Menyediakan asid lemak Omega 3 termasuk DHA dan EPA Multi vitamin dan Multi mineral semulajadi yang disalur Jam demi Jam

Shaklee supplements for all kind of needs. For a healthier life, for healthy people, pregnant and breastfeeding mommas, kids, men and women health, for the elderly, fertility, beauty and many more. Shaklee All Natural Supplement is indeed for ALL.

Saturday, 18 October 2014

Babywearing | Nak Pilih Yang Mana?

Baby wearing... BOBA ke ERGO??? Mana nak pilih ni??? Hahahaha... Dah dua bulan dah, tu aje la yang difikirkan (wei study Mas!!!) Kemeroyanan ini bermula bila tengok mama Shaklee saya, Ida Iar, menggendong baby Irdina (stalk dalam FB la).

Sebelum ni tak pernah pun dengar istilah baby wearing ni. Tapi sejak dapat Aisyah Farheen, terfikir jugak macam mana nak handle budak2 bertiga ni. Syabeel ni jenis kalau dia nampak apa yang dia minat, terus aje dia terjah kalau orang lambat layan dia. Zhofeer pulak walaupun dah boleh berlari bagai, nak jugak didukung oleh Abinya. Kalau ada stroller, dia prefer stroller. Tapi tak boleh lama sikit berhentinya, mula la nak berlari pulak.

1st time berbabywearing with Farheen using Moby Strechy Wrap

Tu la fikir... dengan Farheen ni, macam mana nak handle kanak2 riang milo ni? Kena juga berbaby wearing.

Dulu masa Syabeel, adik ada hadiahkan Baby Bjorn. Glamour la dulu tu. Tak pakai sangat sebab Syabeel tak suka. Nak pakai pun pada saya macam leceh sangat. Masa Zhofeer pun ada beli Lascal, tapi sama la juga sebab tak pakai. Last2 gantung macam tu je.

Dengan Farheen ni pulak baru la kenal istilah baby wearing yang ergonomik. (Lagi2 lepas dah kena racun)... Rupanya patut la Syabeel n Zhofeer tak suka kena gendong macam tu sebab kaki terjuntai terus ke bawah. Sakit la kot. (Ini saya cerita lanjut lagi untuk entry akan datang).

1st time wearing dengan Farheen, saya guna la Moby Wrap yang saya beli dari littlewhiz.com. Yang ni jenis strecthy wrap. Lecehnya satu la, kena belit bagai. Tapi yang bestnya tu Farheen tido je dalam wrap, walaupun saya aktif bergerak (sila baca sebagai shopping)...

Now dah rasa malas2 nak membelit, nak pulak cuba Soft Structured Carrier (SSC). Jika tengok dari video2 tutorial di YouTube, macam senang je nak pakai. Lagipun SSC memang promote cara duduk yang betul. Dah masuk group khas dia baru la dapat ilmu baru.

Boba?? Ergo??

Sekarang ni, masih berbelah bagi nak pilih yang mana. Kalau dari permerhatian video, memang hati ni dah terpaut pada BOBA. Tapi dari review di secret group, katanya BOBA ni materialnya lebih panas dari ERGO. Ramai la yang berkata begitu. Walau bagaimanapun, dinasihatkan sebelum beli tu ibu dan baby kena pergi try dulu. Semuanya ikut kesesuaian anak tu supaya dia rasa selesa. Dan yang memakainya tu kena juga sesuai pakai. Tak rasa sakit ke apa ke. Suka tengok comparison dalam YouTube untuk both BOBA and ERGO. Boleh tengok kat sini.

Nampaknya kena juga la Abi budak2 ni datang. Nak suh bawak pi kedai nak try. Kalau ok semua, bukan je ibu boleh pakai, mak tok atau tok pa Farheen pun boleh guna nak gendong minah kecik ni pi mana2.

Tunggu lagi... Hubby cepat la datang...

0 comments:

Post a Comment