Pages

Protein Bukan-GMO yang lengkap dengan semua asid amino perlu Vitamin B yang lengkap dan seimbang Mengandungi magnesium, vitamin D, zink, tembaga, manganese Menyediakan asid lemak Omega 3 termasuk DHA dan EPA Multi vitamin dan Multi mineral semulajadi yang disalur Jam demi Jam

Shaklee supplements for all kind of needs. For a healthier life, for healthy people, pregnant and breastfeeding mommas, kids, men and women health, for the elderly, fertility, beauty and many more. Shaklee All Natural Supplement is indeed for ALL.

Monday 11 November 2013

VIVIX Shaklee: Perokok Tegar Jadi Malas Nak Hisap Rokok!!!

VIVIX oh VIVIX… Macam mana boleh terjebak lak nak cuba VIVIX ni?
Mula2 beli VIVIX tu sebab ada baca testimoni kat FB. Dia bagi vivix kat mak dia. Kesannya, Alhamdulillah… Mak dia takde dah rasa nak hisap rokok. Tak sedap katanya. Teruja dengan testimoni tersebut membuatkan rasa terus nak beli VIVIX.

Saya nak sangat Mr Hubby dapat berhenti terus dari merokok tapi kalau kita cakap je suruh berhenti merokok, dia jawab, “Aku kenal rokok tu dulu dari kenal awak"… Ha amik ko… nak betah apa lagi…???? Sudahnya doa saja dan akan terus berdoa. Ramai kata, kalau nak berhenti ni, orang tu sendiri yang nak ada azam, lain tak boleh buat apa… Tapi takpe, kita cuba je la. Sejak amal amik VIVIX (tak consistent pun), Alhamdulillah, beliau ada sikit rasa MALAS nak hisap rokok. InsyaAllah sedikit masa lagi, dia berhenti la pulak.

Saya kongsikan sikit kat sini, apa ramuan yang terkandung dalam tonik ajaib ini.

Sebagaimana yang sedia maklum, produk-produk Shaklee semuanya mengandungi ramuan semula jadi yang Always Safe, Always Works and Always Green. Bukan main suka-suka je bagi tag line, tapi memang telah disahkan oleh pelbagai ujian klinikal terhadap produk-produknya. VIVIX pun tak terkecuali. Malah ujian klinikal ke atas ramuan utamanya adalah ekslusif untuk Shaklee.

·         Muscadine Grape
Ini adalah Super Anggur, satu-satunya anggur di alam ini yang mempunyai 20 kromosom, lebih daripada anggur biasa yang mana dipercayai berpotensi untuk memanfaatkan kesihatan, fungsi immune lebih tinggi dan sifat antioksidan yang kukuh. Saiz anggur ni saja sebesar bola golf. Mengandungi asid ellagik yang pekat yang tidak ada dalam anggur lain. Asid ini mempunyai ciri-ciri menghentikan kimia penyebab kanser, anti-virus dan anti-bakteria.

·         Purple Carrot
Sumber terbaik Vitamin A dan mengandungi anthocyanins (antioksidan yang mustajab), yang bertanggungjawab ‘mewarnai’ warna merah menyala, biru dan ungu pada buah dan sayur. Sejak kebelakangan ini, kajian telah menunjukkan bahawa anthocyanins mempamerkan banyak aktiviti biologi, termasuk antioksidan, anti radang, anti-mikrobial dan anti-carcinogen. Juga mempamerkan kesan pada saluran darah, platlet dan lipoprotein yang berkebolehan mengurangkan risiko penyakit koronari jantung.

·         Elderberry
Selain menguatkan sistem immun (kaya dengan antioksidan), elderberry dan ekstraknya juga berkesan untuk merawat flu, asthma, batuk, sesak hidung dan dada juga diabetes. Ia juga dapat merendahkan kolestrol dan menghalang oksidasi LDL (lemak jahat yang merupakan penyebab penting penyakit kardiovaskular).

·         Polygonum Cuspidatum
Mengandungi resveratrol yang membantu melambatkan proses penuaan, merendahkan kolestrol, merendahkan tekanan darah dan mengurangkan berat badan.

VIVIX: Tonik ajaib untuk Mr Hubby

Ada kaitan ke VIVIX dengan orang hisap rokok ni?
Orang yang merokok ni, setiap kali bila depa merokok, bahan-bahan kimia yang terkandung dalam tembakau akan menghasilkan radikal bebas dalam badan. Radikal-radikal bebas ini akan menyebabkan sistem pertahanan badan berkurangan.
Cara terbaik untuk menghapuskan radikal-radikal bebas ini adalah melalui pengambilan antioksidan. Antioksidan akan melindungi sel-sel dan tisu badan disebabkan oleh radikal bebas tersebut. Walaupun badan kita menghasilkan antioksidan, tetapi kita juga perlu mendapatkannya daripada sumber-sumber makanan. Perokok terutamanya lebih banyak kehilangan antioksidan dalam badan disebabkan oleh tabiat merokok.
Buah-buahan dan sayur-sayuran memberikan jumlah antioksidan yang tinggi. Sebagai contoh, makanan yang menyediakan beta carotene adalah seperti keledek, aprikot, serta sayuran atau buah yang berwarna oren pekat; lutein – sayuran hijau seperti bayam; lycopene – tomato, tembikai; Vitamin A – carrots; Vitamin C – kebanyakan buah-buahan citrus; Vitamin E – brokoli, mangga dan kekacang.

Nah!!! Dah baca sendirikan… Boleh buat kaitan tak?
 VIVIX adalah satu minuman botani yang tinggi antioksidan. Perokok pula kurang antioksidannya. Maka dengan itu, memang la SESUAI sangat saya bagi VIVIX ni dekat Mr Hubby. Bukannya tak boleh masak dengan bahan-bahan yang ada antioksidan, tetapi persoalannya, Sejauh manakah saya dapat pastikan yang ingredients yang saya guna untuk masak tu memenuhi keperluan vitamin yang diperlukan oleh badan kita?

Renungkan… dan kalau nak komen pun boleh…

0 comments:

Post a Comment