Panaderia Dessert House. Cafe Kuantan |
Tempat makan ni, seperti namanya, memang banyak sangat dessert yang disediakan. Kalau anda masuk kat cafe ni, memang akan nampak display chiller dia, penuh dengan pelbagai dessert yang gojes-gojes... Bukan setakat gojes aje, rasanya pun tak menghampakan. Dessert yang disediakan biasanya saya lihat kat Masterchef je... Ada panna cotta (strawberry, blueberry, caramel dan chocolate). Ada caramel chocolate pudding (favourite anak bujang berdua), yang special sekali ada churros (mana nak cari kat Kuantan ni!!!) dan pelbagai kek dan dessert2 lain... Takkan saya nak cuba semua sekali hadap... Ish... Tomakninah tu...
Cafe ni bukan saja sediakan dessert semata-mata. Ada juga masakan-masakan melayu yang disediakan (bukan masakan kampung ye...). Pada kebiasaannyalah... cafe-cafe yang memfokuskan kepada dessert, jarang nak jumpa di'gu' kan sekali dengan masakan Melayu. Kebanyakannya dessert shop - makanan western...
Mee Bandung Muar 5 Bintang di Kuantan |
Baru aje kami dua kali ke sini. Masakan yang saya rekomen sangat-sangat kalau nak makan, Mee Bandung Muar dia... Saya bagi 5 bintang. Kat Kuantan ni, mana nak cari Mee Bandung yang pure pure mee bandung??? Semua Mee Sos je... Saya bab mee bandung ni memang cukup cerewet la. Maklum la... memang tekak orang Johor.
Nasi Lemak |
Sesungguhnya... Dessert-dessert dia memang totally gojes... Rambang mata nak pilih. Rasa pun memang kena la dengan kegojesannya... Layan gambar la dulu ye.. Nak tau best ke tak kena pergi rasa sendiri...
Caramel Chocolate Pudding (dalam jar) A slice of Cheesy Choc Fruity |
Panna Cotta Caramel |
Panna Cotta Blueberry |
Yang tiada dalam gambar adalah the most special Churros. Dip dengan salty caramel sauce atau chocolate sauce... Mengancam weh... And Mr Hubby opt for Vanilla Bread Pudding (dia memang minat sangat ngan bread pudding, wife dia je yang tak pandai-pandai nak buat).
So... Kalau owner kedai ni ada terbaca entry ni, (Pn Lili and partner, Ria kan kalau tak salah...) jangan marah ngan tajuk ni... Sebab.. memang nak pesan pun kat siapa-siapa yang turut membaca entry ni... JANGAN PERGI cafe ni... Kalau tak tahan dengan godaan dessert-dessert yang saaaangat gojes dan yummylicious ni...
Datang sini selalu, nampak gaya memang kena sediakan Omega Guard Shaklee ni... Boleh kawal saiz pinggang ni... (Especially untuk saya yang sedang menyusu ni)... Untung lagi sebab bulan Nov ni, promotion Omega Guard...
Nak tau lanjut mengenai produk Shaklee, hubungi saya.
FB: Masherna Mustafa
Call / SMS / WhatsApp: 0199873748
Email: mashernamustafa@yahoo.com
Jangan segan-segan.
0 comments:
Post a Comment