Ringan2 la dulu entry ni, nanti berat2 orang malas nak baca dah (glamour sangat, orang berlumba2 nak baca)... Ameen... Doakan tu...;p
Anyway, yesterday was hubby dearest birthday. Birth dates hubby (both Hijrah and Masihi), dia bagi cuti kat semua rakyat Malaysia. 16th Sept sekali dengan Malaysia Day and 2nd Syawal, Hari Raya Aidilfitri. Itu la, mak mertua bagi nama Fitri Sani. Gembira dapat anak Syawal, mak kata, mak lupa letak Muhammad kat depan (adik beradik lain semua ada Muhammad - orang dulu eja Mohd). Lain dari yang lain hubby aku ni sorang. Agak2nya sebab tu ke perangai tak macam adik beradik yang lain??? Mmmmm...
Celebration tak lah gah sangat, maklumlah birthday boy dah lanjut usia (biarpun masih 3 series, tapi dah nak hujung2 dah). Cuma buat doa selamat kecil-kecilan yang diketuai oleh yang empunya majlis. Lepas tu makan2 je la. Menu pun boleh tahan sedap. Walaupun aku masak memang sedap (Ameen...), tapi semalam kami tempah aje. Catering jiran. Ulang tempah, sebab masa aqiqah Farheen orang kata makan sedap. Masa tu baru 7 hari pantang, takde la nak merasa. Kali ni baru boleh. (ooo... tak de entry lagi pasal baby Farheen - nampak sangat kerajinan mengupdate blog. Nanti yek, update next2 time). Berbalik pasal makan tadi, kami tempah makanan Johor, Lontong Kering. Tapi sebab jiran ni baik hati, dia buatkan juga kuah lontong, so dapatlah Lontong Kering dan Lontong Basah. Plus satu menu special, Mihun Goreng Tomyam (masakan Marliana - kawan opis yang dah merangkap sedara). Air minuman lak, buat air teh yellow (kegemaran Syabeel n Zhofeer - yang abi dia buat jek), sarsaparila dan air oren yang dicampur dengan performance drink (PD) Shaklee (double orangy taste - yummy). Kek? Takde la kek fancy2 bagai. Kek Resepi Rahsia pun takde. Tapi kek yang cukup special. Dibuat dengan penuh kasih sayang oleh adik kesayangan hubby. Jangan tak percaya, kek oren (lagi!!) special oleh Mukhlis Hakim.
Kek Oren Special Mukhlis Hakim |
Guest list takde lah ramai pun. Mostly family dan jiran je. But ada one special guest. Selalu gak ajak special guest ni datang, masa aqiqah anak2. Tapi dek kerana kesibukannya, takde la dapat nak memenuhi undangan tersebut. Special untuk majlis hubby ni la kot, datang bawak 1 family. Dr Ahmad Murad Zainuddin (doktor yang kami jumpa sepanjang journey nak dapatkan anak yang sorang tu). TQ for coming doc. Seronok tengok gelagat Dr Murad dengan wife and 3 anak bujangnya. Main lambung2 Farheen sama macam lambung2 Zhofeer masa datang raya kat rumah Dr 2 tahun lepas.
Rumah macam biasa, keadaan terkawal sebelum majlis bermula. Lepas dah jadi taska dengan kehadiran anak2 kecil yang berjumpa sesama mereka, mula jadi havoc (disebabkan PD Shaklee yang dicampurkan dalam minuman oren itu kah???). Biasa la budak2. Marah2 sangat nanti membesar takde kasih sayang. Biarkan mereka. Meneroka dunia di rumah yang tak segah mana ni (tak sampai setahun lagi duduk sini, bermacam-macam mural dah ada). Walaupun dah hampir tengah hari (yang kebanyakan dewasa akan terasa sedikit 'lemau' - lemah longlai tak bermaya), tapi nampak gayanya, masih lagi dalam mood ceria. Kesan pengambilan PD secara paksa dan tanpa rela mereka. ;p
Baby Farheen pun dah mula menunjukkan tanda2 tak nak tidur. Ini mungkin disebabkan kesan pengambilan PD yang diminum menerusi susu ibu (yang mengambil PD bersama para tetamu). Sememangnya PD berupaya membekalkan tenaga untuk kegiatan harian. Ini telah terbukti secara klinikal dalam memelihara gula dalam darah yang penting bagi tenaga, otot dan paras bendalir yang perlu untuk penghidratan yang optimum (sempat lagi iklan tu)...
Alhamdulillah... Majlis telah berjalan dengan lancarnya dalam suasana yang penuh ceria. Gelak ketawa memenuhi ruang rumah sepanjang majlis yang sepi tanpa mana2 band jemputan (tak lupa juga jeritan anak2 yang berselang seli dengan jeritan ibu mereka ini).
Hubby dear, Happy Birthday To You. Semoga Allah merahmati hidupmu dunia akhirat dan semoga Allah mempermudahkan segala urusanmu. I love you to the moon and back. And so do the kiddos (Syabeel, Zhofeer and Farheen). HAPPY BIRTHDAY ABI!!!
0 comments:
Post a Comment